Friday, June 30, 2017

All Nighter Spray Urban Decay

ASSALAMUALAIKUM

Sambungan entri yang lepas.. Ada satu lagi barang yang aida beli tak share kat sini.. Nak tahu apa? ;)



Long Lasting Makeup Setting Spray ni untuk kegunaan selepas kita selesai mekap.. So untuk kekalkan mekap kita ni still helokkk, kita gunakan spray ni. Dah banyak kali guna dah spray ni. Result? Mekap aida still okay.. Tahan lama. haaaa. ;)

Beli kat Sephora online! Lepas tu dapat free sample foundation brand sephora tu.. dapat 2 sample,  foundation soft beige dan petal. Yang bestnya bila korang daftar jadi ahli/membership sephora online, sesambil korang shopping barang mekap.. korang boleh kumpul point.  Dan point tu, korang boleh tebus barang mekap!

Macam aida, tolak 100 point itu hari.. Dapat mini Lip Paint Rose jenama Tarte. Lawa warna lip tu, warna light2 giteeewww..


Time ni, aida pakai lip paint tu.. Nice kan?  warna tak terang..  Plus tahan lama..  ;)


Okay bye!


-Aida Azryn-

Monday, June 12, 2017

Vacci Luxe Collection Twin Cake (Mineral Make up) @ Hasaegee

ASSALAMUALAIKUM

Second produk yang aida order itu hari adalah daripada online shop Hansaegee. Sesiapa yang sukakan mekap yang natural, korang boleh shopping di Hansaegee online. yeay! Produk daripada korea uolss! <3

Kat online shop hansaegee, ada jual makup base, foundation, loose powder, compact powder, lipstick, cc cream dan macam-macam lagi la!  Tapi yang aida order itu hari, aida beli compact powder.


Beli compact powder ni, dapat free sponge extra 1. Plus dapat cat pen daripada Hansaegee.. Siap dapat kupon diskaun lagi! haaa.. Tq Hansaegee! Suka pen kucing tuuu.. hihi.

Cantik kan bekas bedak compact? ;)  Bestnya bedak ni sebab tak macam sesetangah bedak yang lain.. Bila ditempek kat muka, rasa macam tebal kat muka. putih melepak kau.. adeh. Beza pula dengan bedak ni, bila dipakai.. Nampak natural gitchewww.. :D

Bedak ni mengandungi SPF 30 PA++ dan mineral oil untuk bagi kulit muka kita lembut dan sihat. :)

Time ni, aida pakai bedak compact daripada Hansaegee.


Sekarang tengah sale raya! Apa tunggu lagi? Pi la beli cepat..  ;)


Okay bye!


-Aida Azryn-

Saturday, June 10, 2017

Retro Matte Liquid Lipcolour MAC

ASSALAMUALAIKUM

Bulan lepas aida ada order 3 barang dari 3 online shop yang berbeza.  :D Tapi untuk hari ni cuma nak kongsi pasal salah satu jenama barang mekap yang terkenal  iaitu  jenama MAC. 

Fyi, ini kali pertama aida beli barang mekap jenama MAC. haha.  >_<  Kat Perlis memang sah-sah la takde kedai MAC ni.. kalau nak beli terus pun, kena pi penang..  Tapi macam membazir duit pula kalau pi sana.. Mana dengan kos duit minyak kereta lagi + tol lagi kan? So, baik order online je senang..  

 Kotak besar... tapi barang dalam tu kecik je.  :p


Usually aida order online kat mana-mana online shop, paling cepat 3 hari.. Tak sangka pula, aida dapat barang mekap dari MAC dalam masa 2 hari ja! 2 barang lagi aida dapat hari ketiga.. Cepat betul depa hantaq! <3.<3


Retro Matte Liquid Lipcolour - Kod:Tailored To Tease

Ini koleksi terbaru daripada MAC! 
Warna dia pink nak ke purple gituuu.  Tq MAC sebab bagi free sample makeup remover! 
Sebenarnya  nak rasmi masa raya nanti, tapi terpakai 2 kali dah baru-baru ni. haha. Tak sabau nau! :p

 Nice kan warna ni? <3.<3 

Bayangkan la, lepas aida makan ais kacang pun.. Lipstick matte masih stay macam tu je.. aiyoooo! jatuh cinta terus dengan lipstik matte daripada MAC ni.. ;")


SMS: Lipstik aida yang ada sekarang ni pun banyak yang jenis matte. >_<

Tata!