Sunday, May 14, 2017

Hikayat Cinta Si Pematah Hati Dan Di Sebalik Wajah

ASSALAMUALAIKUM

Entri yang kedua untuk hari ni. Semangat nau update haaa. haha. 

Saja la nak kongsi dengan korang dua drama yang masih ditayangkan kat tv. Dua drama yang buat aida rasa nak sangat tengok Hikayat Cinta Si Pematah Hati Dan Di Sebalik Wajah.


Sebab?


Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ni best, lagi-lagi sebab Alif Satar berlakon. Suka tengok lakonan dia. Since dia berlakon drama sebelum ni, drama Dia Semanis Honey.. Gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana. Alahai sweet sangat diorang dalam drama tu. >_<"  Okay stop pasal drama yang dah lama habis episod. haha.


Al maklum la.. aida ni memang suka layan drama sweet2 ni. hihihi..  Tapi beza pulak dengan drama Di Sebalik Wajah, lakonan  Alif Aziz dan Diana Danielle. Drama misteri ni bestnya sebab setiap episod kita tertanya-tanya siapa Nadia (Lakonan Diana Dianelle) yang sebenarnya..  Apa kaitan Nadia dengan Ellysa? Sebab Nadia selalu nampak 'bayangan' Ellysa (lakonan Zarina Zainoordin) tu dengan Red (lakonan Hefny Sahad). Bila ingatan dia akan kembali pulih? Apa yang suami dia sembunyikan rahsia daripada dia?

Dia koma selepas kemalangan ngeri. Selepas dia sedar.. Dia tak ingat siapa diri dia.. Tambah pula, sampaikan sikap dia pun berubah... Tak sama macam sebelum dia kemalangan tu berlaku.
 
Haaa.. esok ada la sambungan episod 5. Pukul 9.00 malam kat hypptv.. Lepas tu, pukul 10 malam boleh sambung tengok drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati di Astro Ria. :D
 
 
 
 Dah tu je nak cerita. hihi. >_<" 

Sekian..

-Aida Azryn-

Beg Pink.

ASSALAMUALAIKUM


Beg warna pink gituuuu. Comel kan? ;P

Cuba teka ada apa dalam tu? :D





Jap!

-






-





-





Tadddaaaa! berus mekap...


Beli berus mekap ni tahun lepas.. Beli kat hermo online. 

Ada 1 bahagian je aida buang. Berus/sikat kening tu aida buang sebab baru tahu yang berus kening tu, daripada bulu B*B*.  T______T

Pasal kat info kat online hermo tu... Ada bagitahu la, jenis bulu berus mekap ni. Cuma yang bulu berus kening tu je tak bagitahu bulu daripada apa. Tak fikir panjang, then terus order. Ingat semua okay la. Lepas beli tu,  sibuk pulak nak cari info kat internet. Sebab tak puas hati kenapa berus tu je tak bagitahu jenis bulu apa.. Padahal dah beli dah haaa.. haha. Adeh!

Cari punya cari brand berus ni.. Nasib baik la jumpa, jenis bulu untuk berus kening tu daripada berus B*B*.
 Terus buang... haaa..

Nasib baik la satu berus tu je. huhu. >________<"

Kesimpulannya, sebelum beli tu... check habis2 semua.. Bila dah puas hati tu.. Baru la beli! Ni pengajaran la untuk diri sendiri. huuuu..


SMS: Selamat Hari Ibu! ;)

  Sekian!

-Aida Azryn-