Friday, September 16, 2016

CATRICE ALL MATT PLUS (SHINE CONTROL POWDER)

ASSALAMUALAIKUM


Selamat Hari Malaysia semua! Anyway, ini bukan review yang macam blogger femes dok review tu tau! haha.  Aida just nak share je product yang aida baru beli je.. >_< 

Sebelum ni, aida  memang sejenis yang nak cepat mesti tempek bedak johnson then terus pi kelas.. Till now, nak pi kerja pun aida masih pakai bedak johnson.. But, dah jarang-jarang pakai. Now cuba belajar biasakan diri pakai bedak compact, plus apply sekali dengan toner dan pelembap sebelum pakai bedak.. Oh ya! ada lagi satu untuk spray untuk segarkan muka (face mist)!. Nanti la aida cerita pasal tu.  Dah tajuk pasal  compact powder... kena cerita pasal tu je la KOT. Aiseymen! :p

Haa.. baru sedar kau! Betapa pentingnya jaga kulit muka. >___<"

4 brand compact powder aida pernah pakai.. First, aida pernah pakai bedak pixy.. Kawan aida (makeup artist) yang recommend suruh pakai bedak pixy... Memang elok la.. Lepas tu try bedak miyami, bedak silky girl dan last sekali bedak catrice ni.. Tengok bedak pixy dah tinggal sikit je, so terus pi Watson.. cari bedak brand yang belum pernah pakai... Harga dalam RM20-- camtu la kot.  Murah je.. 

Yang gambar kat atas tu, bedak dah pecah. haha. Elok sampai kat rumah..  Entah cemana, aida terlepas bedak tu.. habis pecah jadi macam bedak tabur. T_T   Aida dah try dah bedak ni.. Bedak ni, macam korang pakai loose powder.. bedak ringan.. Nampak natural..  Takde la rasa macam tebal je kat muka... Just nice! Okay la, pakai untuk daily.. :D

Korang pernah pakai bedak catrice ni tak? ;)


SMS: Blog lama memang dah tak boleh buka. Salah diri sendiri sebab asyik tangguh renew domain blog.. sekali bila nak renew baru-baru ni, orang tu kata dah tak boleh dah. T_T  Sekian!


Tata!

Wednesday, August 31, 2016

I'm back!

ASSALAMUALAIKUM

Hey guys! how are you today? Well, so long time i didn't update my new post here.. Quite busy actually.. So i dont have time to update this blog. ehem! *like seriously?? * :p 

Okay.. okay.. done for it!  Amboi kau! nak type in english bagai.. bagus sangat keee? ha ha ha. *nangis*.

Hmmm.. nak cerita mana satu dulu eh? Wahh macam banyak je cerita nak share kat sini. -___-" *konon*.

Oh ya, dari minggu lepas bermulanya hari isnin till hari jumaat ada latihan kawad merdeka kat pejabat. Lepas tu raptai 1, hari ahad dan raptai penuh hari isnin.. Lepas tu hari selasa sambung latihan kawad semula kat pejabat and thennnnn.. hari ni la berlangsungnya pertandingan Kawad Merdeka.! Wuhhuuu!

Letak picture laaa.. kot ada reader rinduuuu!~~~ Lol! >_<


Alhamdulillah, dapat 3rd place untuk Kawad Jabatan dan Johan untuk Pertandingan Keceriaan Jabatan. Yeay! ^_^

 Okay, stop sini dulu.. Nak rest kejap. Kalau rajin, malam ni aida update entry baru KOT?  >___<"


Bye-bye!


-Aida Azryn-

Thursday, April 21, 2016

@ Port Dickson

ASSALAMUALAIKUM

Kelmarin meeting kat Negeri Sembilan. Bertolak hari selasa pagi sampai sana dalam pukul 7pm. Tak sempat nak mandi-manda kat Port Dickson..  alaaa. alaa..  HAHA   Well, hotel yang aida dok tu dekat je dengan pantai. lintas jalan  ke seberang jalan jumpa la pantai.. haaaa..

TAPI bergambar sempat pulak. :p Kejap je pon lepak situ, dah nak maghrib kan..

Break of Rules! haha. tak kena dengan konsep Rule of thirds. Aiseymen! lantak la! >___<"




-AIDA AZRYN-

Monday, March 21, 2016

My Second Blog!

ASSALAMUALAIKUM

Hai! Lama dah tak layan blog. Aida tak tahu la hampa ingat lagi ka dak blog aida yang lama tuu.. Blog www dot aidaazryn dot com. ingat tak lagi? ingat takkk? T______T Blog tu tak dapat buka lagi. Nanti dah boleh buka, aida bagitau kat hampa naa. heee.. Buat sementara waktu aida akan update kat sini dulu.

About my life, boleh dikatakan agak busy juga la sekarang.. Haa.. ni yang aida nak kongsi dengan hampa sebab  aida dah ditukarkan bahagian lain. Masih ditempat kerja yang lama cuma ditukarkan ke bahagian lain yang lebih MENCABAR lagi. >_____<  Unit Pemantauan , GIS dan Regulatori. Alhamdulillah.. aida suka tugas yang sekarang ni yang mana ada kena dengan bidang aida sekarang.. Lepas tu ada banyak kali jugak kena kerja luar kan..  2 benda baru yang aida baru belajar yang mana masa belajar dulu tak pernah belajar pon bab tu. haha. Sebab melibatkan peta & pelan bagai. Okay la, seronok belajar benda baru. Satu bonus untuk aida. :)

Well, sebenarnya aida ada surprise nak bagitahu kat hampa semua.. ceewah.  hihi. InsyaAllah aida bagitahu dalam masa terdekat ni. Maybe? Cuma aida minta sokongan daripada hampa semua la na.. Doakan yang terbaik. ceceecehh... Ni permulaaan. 

Saja tempek gambar ni. Gambar kat tempat kenduri kahwin kemarin. :D



Okay la.. Setakat ni dulu. Nanti aida akan update lagi kat blog kedua ni okay.. :D


Sekian,

SMS: Masih blogger lagi.

-Aida Azryn-