Friday, August 28, 2020

NIKE ATAU ASICS

 ASSALAMUALAIKUM


Heyyyooo gaiss! hahahaha. Entah kenapa tetiba aida buang tebiat nak update blog ni.. Tibeee je rajin update kan. haha. Well, tetiba aida rasa macam nak update pasal kasut Running.. Yang mana aida dah cuba 2 jenama iaitu NIKE dan ASICS.. dua jenama yang popular.. Eh jap ada lagi sebenarnya.. ADIDAS.. So 3 jenama ni antara jenama yang terbaik yang runner selalu pakai. 

Tapi aida tak pernah try lagi jenama ADIDAS. Tapi berdasarkan apa yang anak saudara aida yang memang aktif running.. Dia kata ADIDAS best, sedap pakai, selesa, ringan.. haaa itu dia yang kata.

Masa aida start siyes dalam running ni, first kasut running aida pakai jenama daripada NIKE. NIKE Air Zoom Pegasus 36. Okay, pengalaman aida pakai kasut ni siyes selesa, cushion lembut dan bila time lari nak langkah pun rasa ringan je..  Pastu bunyi hentakkan tapak kasut pun sedap didengar.. 

Kalau berdasarkan research yang aida buat.. ecehh! Kasut lari kita ada jangka hayat dia ye, yang mana bila  lepas 500-800 km larian.. memang kena tukar baru.. Kalau pakai yang tu juga, takut tak selesa dan akan menyebabkan kaki kita injured.

So kalau nak tahu berapa mileage dah kasut running yang korang guna, korang boleh je rekod kat apps starva, add bahagian gear (kasut apa yang korang pakai), senang nak tahu dah berapa mileage dah kita guna kasut tu. hehe.

Next, bila kasut NIKE aida tu dah cukup mileage. Tapak pun tak berapa okay dah plus dah kurang selesa bila lari. Asyik sakit betis je.. Paksa diri lari guna kasut tu lagi.. Kaki makin sakit.. So ceritanya, kena tukar kasut baru la.. 

So, aida memang plan nak tukar kasut jenama ASICS pulak.. Tertarik kasut ASICS Metaracer Tokyo. Maka aida pergi laaaaaa kat Aman Central Mall, Alor Setar ada satu shop faveret aida.. Nama shop tu STUDIO. Cari kasut yang aida nak tu takde.. Memang frust la.. Nak order online, memang tak la.. Kalau beli kat kedai, boleh cuba dulu.. Nak tengok selesa ke tak kan.. haaa..

So, last2 beli apa yang ada je la.. ASICS  Gel-Kayano 26.  Orang kata kalau pakai kasut asics yang ada gel ni akan kurang injury kaki kita.. First day aida pakai untuk lari.. hmm..  tapak kaki selesa je cuma bunyi hentakkan kasut tu bunyi yang tak selesa.. haha. tak tahu nak explain macam mana. Tapi macam tak best.. Lepas tu time nak melangkah tu, rasa berat..  

Well itu, baru beberapa hari je aida pakai kasut brand tu.. tengok la macam mana lepas ni.. huhu. 

Apa pendapat korang pula mengenai 2 brand ni? Siapa pernah pakai dua2 brand ni? Korang lagi prefer yang mana? Kalau Aida, NIKE.


Sekian.


-AIDA AZRYN-


Thursday, February 22, 2018

Lagu sedap di halwa telinga Februari tahun 2018! :D

ASSALAMUALAIKUM


Aida rasa dah lama tak kongsi lagu-lagu baru yang best.. layannnn je kan! Dah pukul 12.02 pagi dah ni. Tapi aida masih tak tidur lagi. haha! padahal hari minggu kerja memang aida selalu tidur awal. adeh..

Well, memandangkan tak rasa mengantuk lagi. Tetiba je iollsss rasa nak hupdate blog time 12.02 pagi ni haaa..  Acaner? Ada yang tak tidur lagi ke? okay geng!



Okay, back to the topic. Antara lagu yang aida suka dengar sekarang ni:-

1.

Penyanyi - Qody
Lagu-Dia

Kalau korang perasan lagu ni ada dalam  drama Dia yang setiap hari jumaat till ahad, pukul 9 malam kat tv3 tu..(siap promote lagi. :p)  haaa lagu ni la! Tetiba terus tersuka lagu ni.. layan habissss...

Korang yang belum dengar lagi lagu ni, klik link bawah ni. terus keeee youtube! Boleh layan kat sana. heeee...




2.

Penyanyi : Ronnie Hussein
Lagu- Pesimismu

Aida tahu lagu ni, dari radio era.. Masa otw nak balik rumah semalam. haha! radio era ada pasang lagu ni haa.  Sampai je rumah terus cari kat youtube. wehhh.. siyes! Aida terus suka lagu ni.
Pada awalnya, aida ingat yang nyanyi lagu ni orang Indonesia yang nyanyi. Rupanya Ronnie Hussien beb! :)

Korang try layan lagu ni! Wajib!  ;D




3.

Penyanyi : Ariff Bahran
Lagu: Kata Akhirmu


Lagu ost drama Cinta Hati Batu!

Tak nak potpet panjang..  Klik bawah ni.. layan terus lagu tu haa... ;)



Okay bye! Nak tidoq dahhh!



SMS: Pesimis maksudnya sedih / putus asa.

-Aida Azryn-